Intervensi Kesihatan Di Tempat Kerja Bagi Aktiviti Fizikal Dan Atau Nutrisi Di Negara-Negara Berpendapatan Rendah Dan Sederhana: Satu Ulasan Sistematik

Nadia Atiqah Mohamad Nor, Wee Lei Hum, Chan Caryn Mei Hsien

Abstract


Sebuah kajian ulasan sistematik telah dibuat dengan tujuan untuk merumuskan program intervensi kesihatan di tempat kerja bagi aktiviti fizikal dan atau nutrisi bagi negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana bermula Januari 2008 hingga Disember 2019. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis intervensi kesihatan dan mengkaji kesan intervensi kesihatan bagi peningkatan aktiviti fizikal dan nutrisi di tempat kerja bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana. Pencarian secara sistematik dilakukan dengan menggunakan pengkalan data Scopus, PubMed dan Web of Science. Kajian ini telah dilaporkan dalam Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta Analyses (PRISMA). Penilaian kritikal menggunakan kaedah McMaster yang telah diubahsuai bagi kajian kuantitatif Uuntuk mendapatkan kualiti metodologi kajian. Oleh sebab heterogeneity data ini, sintesis secara deskriptif dilakukan. Daripada 6940 data kajian yang didapati, 36 kajian menepati semua kriteria inklusi. Terdapat kepelbagaian kaedah intervensi dilakukan termasuk pendidikan kesihatan, perubahan persekitaran dan perubahan tingkah laku melalui amalan gaya hidup sihat. Rumusan hasil dapatan menunjukkan bahawa intervensi kesihatan di tempat kerja boleh memberi kesan positif terhadap kesihatan dan tingkah laku pekerja. Walaupun hasil kajian menunjukkan kesan yang positif, data kajian adalah kurang seragam dan kurang jelas dari segi parameter intervensi dan pengukuran hasil, maka ini telah mengehadkan perkembangan aplikasi hasil ini. Kesimpulannya, intervensi kesihatan di tempat kerja menunjukkan potensi untuk meningkatkan aktiviti fizikal dan menambahbaik nutrisi di kalangan pekerja. Walaupun saranan tentang keberkesanan intervensi tidak dapat dibuat, namun diharap, hasil dapatan kajian ulasan ini dapat menjadi panduan bagi tujuan amalan dan  polisi bagi promosi kesihatan di tempat kerja, pada masa akan datang.

 

DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2021-1902-01


Keywords


Aktiviti fizikal ; intervensi ; nutrisi ; promosi kesihatan ; tempat kerja

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161