sLORETA Source Localization in Dyslexic Children during Different Congruency of Visual Images: P300 Component Analysis
Abstract
Persoalan sama ada kanak-kanak disleksia mempunyai sumber keaktifan otak yang berbeza dalam fungsi kognitif visual berbanding kanak-kanak bukan disleksia masih menjadi tanda tanya. Disebabkan itu, kajian ini dibuat bertujuan mencari sumber aktiviti fungsi kognitif daya tumpuan visual dikalangan kanak-kanak disleksia yang dipamerkan dari komponen ERP P300 sewaktu dirangsangkan dengan ransangan imej visual yang memnpunyai kesesuaian konteks yang berbeza. Seramai 24 kanak-kanak (12 disleksia dan 12 kawalan) berumur diantara 8 hingga 11 tahun terlibat dalam kajian ERP ini. Mereka menekan butang ‘1’ untuk imej haiwan yang berpadanan dengan habitatnya dan butang 2 untuk imej yang tidak berpadanan. Penentuan sumber aktiviti P300 dijalankan dengan menggunakan Perisian Net Station dan algoritma Standardised Low-Resolution Brain Electromagnetic Tomography (sLORETA) pada purata besar gelombang bentuk. Kawasan BA 19 dari lobus oksipital kiri adalah kawasan paling aktif semasa kedua-dua jenis ransangan visual didedahkan pada kumpulan disleksia. Bagi kumpulan kawalan, BA 18 dan BA17 pada lobus oksipital masing-masing aktif semasa imej berpadanan dan tidak berpadanan konteks. Ringkasnya, tiada perbezaan pada kawasan sumber aktiviti tumpuan visual pada kedua-dua jenis imej kesesuaian dikalangan kanak-kanak disleksia berbanding kumpulan disleksia, yang mana ianya merumuskan bahawa terdapatnya kemungkinan sumber aktiviti tumpuan visual kanak-kanak disleksia lebih tertumpu pada kawasan otak yang dikaitkan dengan pemprosesan ciri-ciri visual berbanding perbezaan konteks visual.DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2022-2001-10Downloads
Additional Files
Published
Issue
Section
License
It is a condition of publication in the Journal that authors assign copyright to the Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia, using the form available on the Copyright Assignment Form page. This ensures that requests from third parties to reproduce articles are handled efficiently and consistently and will also allow the article to be as widely disseminated as possible. In assigning copyright, authors may use their own material in other publications provided that the Journal is acknowledged as the original place of publication, and Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia is notified in writing and in advance.
Our journal offers an open access articles, which is under the Creative Common license type : Attribution-NonCommercial-ShareAlike (CC BY-NC-SA)