Diskrepansi Saiz Gigi Intermaksila dan Kesannya terhadap Hasil Rawatan Ortodontik
Keywords:
diskrepansi, gigi, saiz, ortodontik, rawatanAbstract
Diskrepansi saiz gigi intermaksila (DSG) adalah ketidakseimbangan ukuran saiz gigi pesakit yang biasanya dirujuk kepada analisis Bolton. Ketidakseimbangan saiz ini juga mungkin boleh mempengaruhi hasil rawatan ortodontik. Justeru itu, kajian retrospektif ini dijalankan untuk mengkaji prevalens diskrepansi saiz gigi intermaksila (DSG) di luar 2 sisihan piawai (2 SP) daripada min Bolton dalam kalangan pesakit ortodontik dan menilai kesan DSG di luar 2 SP daripada min Bolton ke atas hasil rawatan ortodontik. Sebanyak 226 set model kajian pesakit ortodontik yang memenuhi kriteria pemilihan telah dipilih daripada 3077 kes ortodontik yang diperiksa. Analisis Bolton iaitu nisbah anterior dan nisbah keseluruhan, telah dilakukan ke atas setiap model pra-rawatan. Kes-kes yang dikenal pasti mempunyai DSG di luar 2 SP dinilai hasil rawatannya serta direkodkan teknik intervensi yang telah dijalankan untuk menambah baik hasil rawatan. Hasil kajian mendapati bahawa sebanyak 29.20% kes mempunyai DSG di luar 2 SP daripada min Bolton. Sejumlah 26.54% kes mempunyai nisbah anterior lebih daripada 2 SP. Manakala, 7.08% kes mempunyai nisbah keseluruhan lebih besar daripada 2 SP. Daripada jumlah kes yang mempunyai DSG di luar 2 SP, hasil rawatan ortodontik untuk kebanyakan kes ini (62.12%) adalah terjejas. Kesimpulannya, terdapat lebih daripada satu perempat pesakit ortodontik hadir dengan DSG di luar 2 SP daripada min Bolton yang boleh mempengaruhi hasil rawatan ortodontik. Teknik intervensi perlu dirancang sebaiknya untuk mencapai hasil rawatan yang memuaskan.DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2021-1902-09Downloads
Additional Files
Published
Issue
Section
License
It is a condition of publication in the Journal that authors assign copyright to the Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia, using the form available on the Copyright Assignment Form page. This ensures that requests from third parties to reproduce articles are handled efficiently and consistently and will also allow the article to be as widely disseminated as possible. In assigning copyright, authors may use their own material in other publications provided that the Journal is acknowledged as the original place of publication, and Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia is notified in writing and in advance.
Our journal offers an open access articles, which is under the Creative Common license type : Attribution-NonCommercial-ShareAlike (CC BY-NC-SA)