Kaedah Diagnostik Semasa dan Penggunaan Ujian Titik Penjagaan Pantas (POC) Bagi Mendiagnos Hiperkolesterolemia Famili (FH)

Lina Khalida Saidi, Anis Amirah Alim, Sharipah Nadzirah Syed Ahmad Ayob, Zam Zureena Md Rani, Siti Aishah Sulaiman, Ismail Aziah, Dee Chang Fu, Nor Azian Abdul Murad, Azrul Azlan Hamzah

Abstract


Hiperkolesterolemia Famili (FH) ialah penyakit genetik yang diwarisi secara autosomal dominan dan dicirikan melalui peningkatan kepekatan plasma kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL-C) di dalam darah. Pesakit FH yang tidak didiagnosis di peringkat awal dan tidak dirawat boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari pramatang. Dengan kepesatan teknologi dalam bidang biologi molekul, terdapat pelbagai strategi telah diambil untuk membolehkan diagnosis awal FH dilakukan. Teknik-teknik ini dapat meningkatkan keberkesanan kos dan tempoh masa pengesanan adalah lebih cepat. Kaedah diagnostik semasa yang sedia ada untuk mendiagnosis FH yang melibatkan kriteria skor berasaskan algoritma dan pelbagai kaedah diagnosis molekul seperti kaedah penjujukan generasi kedua (NGS), penjujukan Sanger, multiplex ligation-dependent probe amplification (MLPA) dan mikroatur melalui hibridisasi DNA akan dibincangkan di dalam ulasan ini. Walau bagaimanapun, ujian genetik molekul ini tidak tersedia secara meluas atas sebab seperti prosedur yang memakan masa, kos yang tinggi dan keperluan kepada kakitangan terlatih. Oleh itu, ulasan ini memberi penekanan kepada penggunaan ujian titik penjagaan pantas (point of care, POC) sebagai pendekatan untuk mendiagnosis FH kerana ketiadaan ujian genetik bagi pemeriksaan rutin di negara yang kekurangan infrastruktur dan kepakaran. Ujian aliran lateral (LFA) telah mendapat perhatian sebagai kaedah diagnostik POC kerana ianya
mudah, memerlukan kos yang rendah dan proses yang lebih cepat. Kelebihan ini menjadikan LFA sebagai teknik yang berpotensi dalam menangani beberapa cabaran bagi diagnosis FH khususnya bagi diagnosis awal terhadap keluarga
pesakit.


Keywords


Hiperkolesterolemia famili; kaedahan diagnostik; ujian titik penjagaan pantas; ujian genetik; asai aliran lateral

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161