Kesan Tembakan Jarak Dekat ke atas Bahan Binaan Kapal Nelayan Resak, Seraya dan Balau
Keywords:
Resak, Seraya, Balau, Pantulan, TembakanAbstract
Kes tembakan senjata api jarak dekat ke atas kapal nelayan di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Cabaran yang dihadapi oleh agensi penguatkuasaan adalah untuk membuktikan bagaimana jenayah tembakan dilakukan. Bagimenyelesaikan masalah ini model sudut tembakkan dan pantulan dalam ruang kecil perlu dibina. Kajian ini mengkaji kesan tembakan pistol CZ 75 SP-01 Shadow separa automatik buatan Republic Czech bersama peluru 9 mm FMJ 7.45 gm ke atas tiga jenis kayu yang selalu digunakan untuk membuat kapal nelayan. Faktor jarak tembakan (1, 3, 5 dan 10 m), sudut tembakan (15°, 30°, 45°, 60°, 75° dan 90°), sudut pantulan, dan jenis bahan binaan rumah kapal nelayan (Resak, Seraya dan Balau) dikaji. Keputusan kajian menunjukkan hanya 114 daripada 432 tembakan menghasilkan pantulan. Tembakkan ke atas kayu Resak menghasilkan beberapa pantulan peluru pada sudut tembakan 15° dan 30° dan jarak 1 m. Model persamaan menghubungkan sudut pantulan dan tembakkan berjaya dihasilkan. Kayu Seraya pula menghasilkan beberapa pantulan pada sudut tembakkan 15° dan jarak 1m sahaja dan ujian statistik menunjukkan bahawa model persamaan tidak boleh dibina. Bagi kayu Balau pula, model persamaan berjaya dihasilkan. Ia menghubungkan sudut pantulan dan jarak tembakkan. Ujian Validasi ke atas model kayu Resak dan Balau, menunjukkan model Resak mempunyai kejituan sebanyak 90%. Model kayu Balau pula tidak berjaya menghasilkan sebarang keputusan yang betul dan dengan itu tidak boleh dipercayai. Kesimpulannya, ketiga-tiga faktor yang dikaji tidak mencukupi untuk menerangkan kejadian pantulan peluru apabila tembakan dilakukan pada jarak dekat dalam ruang yang tertutup.DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2023-2102-06Downloads
Published
Issue
Section
License
It is a condition of publication in the Journal that authors assign copyright to the Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia, using the form available on the Copyright Assignment Form page. This ensures that requests from third parties to reproduce articles are handled efficiently and consistently and will also allow the article to be as widely disseminated as possible. In assigning copyright, authors may use their own material in other publications provided that the Journal is acknowledged as the original place of publication, and Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia is notified in writing and in advance.
Our journal offers an open access articles, which is under the Creative Common license type : Attribution-NonCommercial-ShareAlike (CC BY-NC-SA)