Teknologi Penyuntingan Genom CRISPR/CAS9 dan Penyuntingan Perdana Dalam Kajian Biologi Molekul dan Kefungsian Gen

Authors

  • Nurul Nadia Mohamad Zamberi UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI), Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Raziff Alias UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI), Universiti Kebangsaan Malaysia
  • M. Aiman Mohtar UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI), Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Saiful Effendi Syafruddin UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI), Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

CRISPR/Cas9, Prime Editing, Penyuntingan Genom, Pengawalseliaan Transkripsi, Modifikasi Epigenetik

Abstract

Kemunculan teknologi penyuntingan genom, terutamanya CRISPR/Cas9, telah mengubah dan merevolusikan landskap bidang genetik dan biologi molekul dengan begitu drastik. Sistem CRISPR/Cas9 diadaptasi daripada sistem adaptasi imuniti bakteria, menggunakan enzim Cas9 yang dipandu oleh sgRNA untuk penyingkiran gen atau penyuntingan genom secara jitu. Walau bagaimanapun, cabaran seperti kesan luar sasaran (off-target effects) telah mendorong pembangunan beberapa varian Cas9 seperti dCas9. dCas9 diubah suai untuk tidak memiliki sebarang aktiviti endonuklease dan kini dCas9 telah digunakan untuk pelbagai aplikasi yang melangkaui fungsi tradisional CRISPR/Cas9 sebagai kaedah pengeditan genom. Selain itu, teknologi terkini prime editing telah menggabungkan enzim Cas9 yang diubahsuai bersama reverse transcriptase untuk meningkatkan lagi tahap keberkesanan penyuntingan genom secara jitu. Walaupun wujud kerisauan terhadap pertimbangan etika dan kebimbangan terkait keselamatan, namun teknologi ini menjanjikan dampak yang besar di dalam menangani penyakit genetik serta aplikasi dalam bidang precision medicine. Memahami dan mengoptimumkan potensi CRISPR/Cas9 dan teknologi prime editing menandakan bermula era baharu dalam bidang penyelidikan berkaitan biologi dan perubatan, dan seterusnya menyediakan satu platform untuk penyuntingan genom yang tepat dan pengawalseliaan proses transkripsi gen.

Downloads

Additional Files

Published

2025-08-02

Issue

Section

Biochemistry