Kesan Dialisis Terhadap Prestasi Aktiviti Kehidupan Seharian dalam Kalangan Pesakit Diabetes di Wilayah Kuala Selangor: Satu Kajian Kualitatif (The Impact of Dialysis On Daily Living Activity Performance Among Diabetes Patients in Kuala Selangor: A Qualitative Study)
Keywords:
Diabetes, Temu Bual Separa Berstruktur, Aktiviti Fizikal, Aktiviti Kehidupan Seharian, Prestasi, HemodialisisAbstract
Dialisis merupakan rawatan yang lazim bagi pesakit kegagalan buah pinggang. Dari tahun ke tahun, bilangan pesakit yang menjalani dialisis semakin meningkat dengan kadar yang membimbangkan. Tahap keupayaan fungsi pesakit dialisis adalah lebih rendah berbanding pesakit diabetes yang tidak menjalani dialisis. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana dialisis mempengaruhi prestasi Aktiviti Kehidupan Seharian (ADL) dalam kalangan pesakit diabetes di Kuala Selangor serta faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi ADL mereka. Kajian berkaitan prestasi ADL dalam kalangan pesakit dialisis yang menghidap diabetes masih terhad. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui sesi temu bual bersemuka secara separa berstruktur. Seramai sepuluh peserta telah direkrut berdasarkan kriteria kemasukan yang ditetapkan. Lima tema utama telah dikenal pasti daripada temu bual, iaitu: (i) meningkatkan kualiti kehidupan seharian: perspektif baharu terhadap aktiviti harian; (ii) kesan diabetes terhadap aktiviti kehidupan seharian; (iii) kesan dialisis terhadap aktiviti kehidupan seharian; (iv) prestasi fungsi dalam aktiviti asas kehidupan seharian; dan (v) aktiviti harian yang dianggap penting. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelbagai jenis aktiviti kehidupan seharian telah terjejas akibat kelemahan fizikal yang dialami oleh peserta. Kajian ini dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada ahli terapi cara kerja dan bidang pemulihan lain mengenai keupayaan fizikal pesakit diabetes yang menjalani hemodialisis.Downloads
Additional Files
Published
Issue
Section
License
It is a condition of publication in the Journal that authors assign copyright to the Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia, using the form available on the Copyright Assignment Form page. This ensures that requests from third parties to reproduce articles are handled efficiently and consistently and will also allow the article to be as widely disseminated as possible. In assigning copyright, authors may use their own material in other publications provided that the Journal is acknowledged as the original place of publication, and Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia is notified in writing and in advance.
Our journal offers an open access articles, which is under the Creative Common license type : Attribution-NonCommercial-ShareAlike (CC BY-NC-SA)