Kesan Dialisis Terhadap Prestasi Aktiviti Kehidupan Seharian dalam Kalangan Pesakit Diabetes di Wilayah Kuala Selangor: Satu Kajian Kualitatif (The Impact of Dialysis On Daily Living Activity Performance Among Diabetes Patients in Kuala Selangor: A Qualitative Study)

Nur Atikah Suib, Farahiyah Wan Yunus

Abstract


Dialisis merupakan rawatan yang lazim bagi pesakit kegagalan buah pinggang. Dari tahun ke tahun, bilangan pesakit yang menjalani dialisis semakin meningkat dengan kadar yang membimbangkan. Tahap keupayaan fungsi pesakit dialisis adalah lebih rendah berbanding pesakit diabetes yang tidak menjalani dialisis. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana dialisis mempengaruhi prestasi Aktiviti Kehidupan Seharian (ADL) dalam kalangan pesakit diabetes di Kuala Selangor serta faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi ADL mereka. Kajian berkaitan prestasi ADL dalam kalangan pesakit dialisis yang menghidap diabetes masih terhad. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui sesi temu bual bersemuka secara separa berstruktur. Seramai sepuluh peserta telah direkrut berdasarkan kriteria kemasukan yang ditetapkan. Lima tema utama telah dikenal pasti daripada temu bual, iaitu: (i) meningkatkan kualiti kehidupan seharian: perspektif baharu terhadap aktiviti harian; (ii) kesan diabetes terhadap aktiviti kehidupan seharian; (iii) kesan dialisis terhadap aktiviti kehidupan seharian; (iv) prestasi fungsi dalam aktiviti asas kehidupan seharian; dan (v) aktiviti harian yang dianggap penting. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelbagai jenis aktiviti kehidupan seharian telah terjejas akibat kelemahan fizikal yang dialami oleh peserta. Kajian ini dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada ahli terapi cara kerja dan bidang pemulihan lain mengenai keupayaan fizikal pesakit diabetes yang menjalani hemodialisis.

Keywords


Diabetes; Temu Bual Separa Berstruktur; Aktiviti Fizikal; Aktiviti Kehidupan Seharian; Prestasi; Hemodialisis

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161