Khalwat: Keperluan kepada Hukuman Sebat dan Alternatif
Abstract
Khalwat adalah merupakan kesalahan jenayah syariah yang paling kerap berlaku di Malaysia berbanding kesalahan jenayah syariah yang lain. Penangkapan para pesalah khalwat seringkali dilaporkan oleh media elektronik dan media cetak. Malah lambakan kes khalwat yang belum selesai di mahkamah jelas menunjukkan masih ramai individu yang tidak gentar dengan undang-undang dan hukuman yang sedia ada. Sehubungan itu, artikel ini mengenal pasti permasalahan berkaitan peruntukan undang-undang yang mengawal selia jenayah khalwat di Malaysia. Setiap negeri di negara ini mempunyai peruntukan bagi kesalahan khalwat di bawah enakmen kesalahan jenayah syariah negeri masing-masing. Namun penulisan ini hanya mengkaji peruntukan khalwat di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Ia turut
membincangkan keberkesanan hukuman penjara dan denda yang diperuntukkan di bawah enakmen kesalahan jenayah syariah negeri buat masa ini. Artikel ini kemudiannya mencadangkan agar hukuman sebat dan alternatif seperti perintah menghadiri kelas bimbingan dan agama dikenakan terhadap pesalah khalwat yang disabitkan. Ini kerana hukuman sedemikian dilihat sebagai satu metod terbaik bagi menginsafkan pesalah khalwat agar tidak mengulangi kesalahan
tersebut.

Keywords
Khalwat; kesalahan jenayah syariah; hukuman alternatif; hukuman sebat
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.