Penguatkuasaan Nilai Moral Melalui Undang-Undang di Malaysia: Analisis Ke Atas Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

Ahmad ‘Azam Mohd. Shariff

Abstract


Insiden pegawai JAWI menyerbu sebuah premis hiburan di Jalan Ampang di ibukaota dan menangkap individu yang beragama Islam atas kesalahan menyalahi moral pada 20 Januari 2005 yang lalu telah mengundang pelbagai kritikan terhadap penguatkuasaannya. Sungguhpun begitu, penulisan ini menghujahkan justifikasi untuk menguatkuasakan nilai-nilai moral melalui Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 serta Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Seterusnya penulisan ini berusaha menjawab segala kritikan terhadap penguatkuasaan nilai moral dalam insiden serbuan oleh pihak JAWI pada malam 20 Januari 2005 yang lalu. Dalam pada itu beberapa kelemahan peruntukan dan pengaplikasian undang-undang syariah yang sedia ada turut dikenalpasti. Akhir sekali, beberapa saranan posotif turut diutarakan agar penguatkuasaan nilai moral melalu undang-undang syariah yang ada dapat diperkemaskan lagi demi memelihara kesucian agama Islam sebagai agama resmi negara.

Refbacks

  • There are currently no refbacks.