Pengemukaan Dokumen Elektronik Sebagai Keterangan Dalam Perbicaraan Mahkamah Syariah (Tendering of Electronic Documents as Evidence in Syariah Court Trials)

Mohamad Azhan Yahya, Ahmad Azam Mohd Shariff, Azizah Mat Rashid, Fatimah Yusro ashim

Abstract


Electronic documentary evidence is often tendered in syariah court trials. If deemed relevant, possess high probative and corroborative values, as well as its evidential and custodial chains remaining intact, it could surely be admitted by syariah court as evidence and be used as ground of judgement. Electronic documentary evidence seeks to prove fact in issue and relevant facts and is used to corroborate other evidences tendered in a trial. This writing aims at three objectives. The first objective aims at analysing syariah principles and the application of legal provisions relating to tendering of electronic documentary evidence at the syariah courts. The second objective aims at identifying the problems arising. The third objective aims at suggesting solutions to the identified problems. The conducted research is doctrinal in nature and is analysed qualitatively. Interviews are also conducted on syariah legal practitioners to support research findings.The authors find that electronic documentary evidence can be tendered and used as grounds of court judgement if syariah court admits it as evidence. However, the vague definition of electronic documentary evidence under the syariah principles has caused its legal application to be vague too. This writing suggests that the definition of electronic documentary evidence under the syariah principles be clarified so as to ensure clarity in its admissbility, tendering and legal application.

 

Abstrak

Keterangan dokumen elektronik sering kali dikemukakan dalam perbicaraan di mahkamah syariah. Sekiranya didapati relevan, mempunyai nilai probatif dan koroboratif yang tinggi, serta terjaga rantaian keterangan dan jagaannya, sudah pasti ianya akan diterima oleh mahkamah syariah sebagai keterangan sekaligus membolehkannya diguna pakai sebagai asas penghakiman mahkamah. Keterangan dokumen elektronik berfungsi untuk membuktikan fakta isu dan fakta relevan serta digunakan untuk menyokong keterangan-keterangan lain yang dikemukakan dalam sesuatu perbicaraan. Penulisan ini mensasarkan tiga objektif. Objektif pertama mensasarkan untuk menganalisis prinsip syariah serta pengaplikasian peruntukan undang-undang berkaitan pengemukaan keterangan dokumen elektronik di mahkamah syariah. Objektif kedua mensasarkan untuk mengenal pasti permasalahan yang wujud. Objektif ketiga mensasarkan untuk mencadangkan penyelesaian ke atas permasalahan yang telah dikenal pasti. Penulisan yang dilaksanakan adalah bercirikan doktrinal serta dianalisis secara kualitatif. Temu bual ke atas pengamal undang-undang syariah turut dilakukan untuk menyokong dapatan penulisan. Penulis mendapati keterangan dokumen elektronik boleh dikemukakan serta dijadikan sebagai asas penghakiman kes sekiranya mahkamah syariah menerimanya sebagai keterangan. Walau bagaimanapun, pendefinisian keterangan dokumen elektronik yang kabur di bawah Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah telah mengakibatkan pengaplikasian undang-undangnya serta proses pengemukaannya di mahkamah syariah menjadi turut tidak jelas. Penulisan ini seterusnya mencadangkan agar definisi keterangan dokumen elektronik di bawah prinsip syariah diperjelaskan lagi agar kebolehterimaan, pengemukaan serta pengaplikasian undang-undangnya menjadi jelas.

Kata Kunci: Keterangan dokumen elektronik; prinsip syariah; keterangan Islam; mahkamah syariah; pengemukaan; kebolehterimaan; pengaplikasian


Keywords


Electronic documentary evidence; syariah principles; syariah evidence; syariah court; tendering; admissibility; application

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.