KASUS AMBALAT-REAKSI MEDIA INDONESIA: FRAMING DAN KOMUNIKASI ANTARABANGSA

Mr Lai Che Ching @ Abd.Latif, Mr Lee Kuok Tiung

Abstract


Makalah  ini adalah satu usaha awal untuk menganalisa reaksi media terpilih dari Indonesia dalam kes perebutan Blok Ambalat Timur oleh Malaysia dan Indonesia di Laut Sulawesi. Isu ini menjadi hangat disebabkan oleh provokasi media Indonesia. Justeru, satu kajian awal menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif dan kuantitatif dilakukan untuk melihat usaha media Indonesia membentuk kandungan berita (framing).  Dapatan kajian mendapati liputan kes Ambalat oleh  media Indonesia  banyak mengguna pembingkaian  tema berita diplomasi dan desakan untuk berperang. Hasil kajian juga menunjukkan kumpulan elit politik , kerajaan dan Tentera Nasional Indonesia antara sumber berita utama. Kajian mendapati bahawa media Indonesia membelakangkan kepentingan nasional dalam pelaporan berita antarabangsa membabitkan kepentingan Malaysia.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528