Kaedah Adaptasi Sastera pada Filem: Satu Kajian Perbandingan antara Cerpen Amerika ‘Barn Burning’ dengan Filem Melayu “Kaki Bakar”

Mohamed Nazreen Shahul Hamid

Abstract


“Kaki Bakar” adalah sebuah filem adaptasi sastera berasaskan sebuah cerpen Amerika, ‘Barn Burning’. Filem tersebut lakon layarnya ditulis serta diarah oleh U-Wei Haji Saari dan terbit pada tahun 1995. Di sebalik kejayaan dan juga kekuatan yang dimiliki filem ini, kajian secara ilmiah masih tidak banyak dilakukan terutamanya berkaitan adaptasi sastera. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis kaedah adaptasi yang digunakan pengarah filem dan penulis lakon layar dalam mentransformasi cerpen ‘Barn Burning’ kepada filem “Kaki Bakar”. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif bersifat deskriptif. Kaedah ini diaplikasikan dengan melakukan perbandingan terhadap kedua-dua karya tersebut berpandukan teori adaptasi sastera. Perbandingan ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu bahagian yang ditambah, bahagian yang dibuang, bahagian yang dikekalkan dan juga bahagian yang diubahsuai. Melalui perbandingan yang dilakukan, kajian mendapati bahawa U-Wei menggunakan kaedah “interweaving” dalam mengadaptasi cerpen ‘Barn Burning’ kepada filem “Kaki Bakar”. U-Wei mengambil hampir sepenuhnya elemen naratif yang terkandung dalam cerpen ‘Barn Burning’ dan kemudian melakukan pengubahsuaian tertentu mengikut kehendak filem yang berlatarkan Alam Melayu dan bukannya Amerika seperti mana cerpen tersebut. Kajian ini penting bagi mengisi kelompangan kajian terdahulu dan juga menjadi rujukan kepada industri perfileman dalam usaha mengangkat karya sastera luar menjadi filem tempatan yang berkualiti.

 

Kata kunci: Adaptasi, sastera, kajian bandingan, cerpen Amerika, filem Melayu.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2023-3903-06


Full Text:

PDF

References


Abdul Latiff Ahmad. (2020). Peranan dan impak agama dalam adaptasi antarabudaya pelajar Muslim Malaysia di United Kingdom. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(3), 195-208. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2020-3603-12

Berg, J. (2019). America, we need to talk: A self-help book for the nation. Seven Stories Press.

Brems, B. R. (2017). Adaptations now: The past, present and future of film and literature. Cognella.

Clarke, E. (2020). American short stories in new perspective. Willy Ltd.

Desmond, M. J., & Hawkes, P. (2006). Adaptation: Studying film and literature. McGraw Hill.

Faulkner, W. (1971). ‘Barn Burning’. In, The Faulkner reader modern library. Random House.

Goldie, D. (2019). Harry Potter and the battle of adaptation. Ekphrasis, 22(2), 113-130. https://doi.org/10.24193/ekphrasis.22.7

Green, E. (2020). Great American literature in discourse. Pine Text.

Hani Salwah Yaakup. (2018). Tombiruo: Adaptasi novel ke filem dan representasi kepercayaan setempat. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(2), 323-337. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2018-3402-20

Haspel, P. (2020). A Georgia Civil War Film with a Bosnian War subtext: The case of John Frankenheimer`s Andersonville. Journal of Popular Filem and Television, 48(3), 122-133. https://doi.org/10.1080/01956051.2020.1760776

Henly, C. P., & Johnson, A. S. (2019). Literary analysis for English literature. Holder Education.

James, C. (1996, April). Film festival review: Faulkner, set in Malaysia. The New York Times. https://www.nytimes.com/1996/04/06/movies/film-festival-review-faulkner-set-in-malaysia.html

Lupack, B. T. (2020). Take two: Adapting the contemporary American novel to film. Bowling Green States University Press.

McLean, D. (2021). HBO`s Watchmen and generic review in a genre of adaptation. Journal of Popular Film and Television, 49(4), 196-209. https://doi.org/10.1080/01956051.2021.1875974

Messer, C. H. (2019). William Faulkner and the Southern Landscape; Global Faulkner. American Literature, 82, 436-438.

Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Md. Salleh Yaapar, & Shahidin Nitiphak. (2020). Adaptasi teks sejarah kepada filem: Kajian bandingan teks sejarah kerajaan Melayu Patani kepada filem Queens of Langkasuka. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia, 13(2), 299-318.

Nazren Aliff Nazri, & Abdul Latiff Ahmad. (2020). Drama adaptasi Korea: Suatu analisis terhadap pemaparan agama dan adat dalam drama ‘Alamatnya Cinta’. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(4), 243-275. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2020-3604-15

Novak, P. (2021). Interpretation and film studies: Movie made meanings. Springer Nature Switzerland AG.

Nur Azliza Mohd Nor, & Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2017). Filem sebagai wadah komunikasi: Sorotan kajian lepas karya U-Wei Haji Saari. Jurnal Melayu, 304-317.

Nur Azliza Mohd Nor, & Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2019). Sisterhood political solidarity dalam Black Widow-Wajah Ayu (1994) Arahan U-Wei Haji Saari. Jurnal Melayu, 18(1), 43-57.

Richard, D. E. (2021). Film phenomenology and adaptation: Sensuous elaboration. Amsterdam University Press.

Shahnon Ahmad. (1989). Gubahan novel. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sikov, E. (2020). Film studies an introduction (2nd ed.). Columbia University Press.

Simms, W. G. (2017). Views and reviews in American literature, history and fiction, Etc. (2nd ed.). Hardpress Ltd.

Slethaug, G. E. (2014). Adaptation theory and criticism postmodern literature and cinema in the USA. Bllomsbury Academic.

Snyder, M. H. (2020). Analyzin literature-to-film adaptations: A novelist`s exploration and guide. Continumm Publishing Corporation.

U-Wei Haji Saari. (Pengarah Filem). (2001). Kaki Bakar [Filem]. Gambar Tanah Licin Sdn. Bhd.; Music Valley Sdn. Bhd.

Villarejo, A. (2021). Film studies the basics. Routledge.

Wallis, P., & Pramaggiore, M. (2019). Film: A critical introduction. Laurence King Publishing.

Wan Hasmah Wan Teh, & Md. Salleh Yaapar. (2015). Pandangan S. Othman Kelantan dan U-Wei terhadap masyarakat Melayu Kelantan dan Patani: Adaptasi daripada novel Juara kepada filem Jogho. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8(2), 224-244.

Welianto, A. (2022, Februari 9). Wali Songo: Penyebar Islam di Tanah Jawa. Kompas.com. https://www.kompas.com/skola/read/2020/02/12/140000269/wali-songo-penyebar-islam-di-tanah-jawa?page=all

Weltman, S. A. (2020). Victorians on Broadway: Literature, adaptation, and the modern American musical. University of Virgina Press.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528