Analisis Naratif Remaja Melayu dalam Filmografi Terpilih Ahmad Idham

Drs. Bambang Suhartono Mohd Said, Wan Amizah Wan Mahmud, Badrul Redzuan Abu Hassan

Abstract


Artikel ini membincangkan perspektif pengarah Ahmad Idham dalam merekayasa keremajaan generasi Melayu sebagai golongan yang terperangkap dengan keindahan, kepalsuan dan kemaksiatan dalam arus kemodenan negara ini. Ahmad Idham mengilustrasikan naratif kebobrokan generasi ini dengan mencapai kejayaan ‘pecah panggung’ yang silih berganti. Ini menimbulkan perspektif yang menstereotaip beliau sebagai hedonis tanpa ajaran Islam dan akhlak keMelayuan. Tujuan makalah ini meneroka dengan lebih dalam sejauh manakah ambivalen filmografi Ahmad Idham dalam konteks representasi isu-isu remaja Melayu kontemporari. Apakah terdapat suatu falsafah yang dipegang oleh pengarah ini? Bertolak dari kerangka representasi budaya, kajian ini akan memfokuskan empat buah filem arahan Ahmad Idham sebagai sampel kajian Syurga Cinta (2009), Aku Masih Dara (2010), Adnan Sempit (2010) dan 8 Jam (2012) menggunakan kaedah analisis tekstual dan kaedah temu bual mendalam. Hasil dapatan utama menuntaskan naratif popular dan picisan beliau dijulang oleh khalayak majoriti Melayu, Ahmad Idham sebenarnya membongkarkan strategi psikologi terbalik yang diterapkan ke atas filmografi terpilihnya kerana ia mahu mendorong falsafah realis sosialis menjadi benteng dan gagasan sosio-religi sinematik yang bernilai kepada masyarakat dan negara. Implikasi dari keputusan memilih untuk menyantuni kemelut sosial remaja Melayu Islam di negara ini dapat dijadikan petunjuk betapa kefalsafahan Ahmad Idham sebagai seorang pengarah berfahaman realis sosial adalah jelas.      

 

Kata kunci: Ahmad Idham, pecah panggung, realis sosial, representasi kebudayaan, remaja Melayu.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2022-3804-12


Full Text:

PDF

References


Absha Atiah Abu Bakar, & Mohd. Isa Hamzah. (2019). Faktor keterlibatan remaja dengan masalah sosial. Jurnal Hadhari, 11(1), 1-17.

Azharul Azmir Kamarulzaman. (2010). Gandingan karyawan & pengurus muda: Masa depan sinema Malaysia. Sinema & Industri. http://www.azharulazmir.com/2010/

Ayu Haswida Abu Bakar. (2015). Konsep tema ‘Islamik’ dalam ‘filem Islamik’ Syurga Cinta (2009). Jurnal Pengajian Melayu, 26(1), 167-185.

Azlina Asaari, & Jamaluddin Aziz. (2013). Mencabar ideologi Maskulin: Wanita dan saka dalam filem seram di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(1), 113-126.

Burton, G. (2010). Media and society: Critical perspectives. UK: McGraw-Hill Education.

Driscoll, C. (2011). Teen film a critical introduction. Berg Oxford.

Ghazali Din. (2020). Naluri kemasyarakatan mengangkat keunggulan kepengarangan Muhammad Hj Salleh terhadap pembangunan minda bangsa Melayu. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 8(1), 26-41.

Hallam, J., & Marshment, M. (2000). Realism and popular cinema (Inside popular film). Manchester University Press.

Hall, S. (1997). Representation: Cultural representations and signifying practices. Sage; Open University.

Haroon, R. (2020, October 25). A film about our nation's diversity may one day win an Oscar Best Picture award. New Straits Times. https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2020/10/634977/film-about-our-nations-diversity-may-one-day-win-oscar-best

Hasliza Hassan. (2009, Julai 23). Filem tempatan perlu ada nilai tanggungjawab kemasyarakatan. Berita Harian.

Hatta Azad Khan. (2010). Karya besar sastera dan filem: Manifestasi maruah dan ketamadunan bangsa. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.

Henderson, L. (2007). Social issues in television fiction. Edinburgh: Edinburgh University Press.

Jins Samsudin. (2014). Filem Melayu: Citra budaya dan rakaman sejarah. Kedah: UUM Press.

Kellner, D. (1995). Cultural studies, identity and politics between the modern and the postmodern. Routledge.

Langkjær, B. (2011). Realism as a third film practice. Medie Kultur, Journal of Media and Communication Research, 27(51), 40-54.

Mohd Syuhaidi Abu Bakar. (2021). The depiction of social realism in Yasmin Ahmad’s film: Talentime (2009). International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 10(3), 382-295.

Noviani, R. (2011). Konsep diri remaja dalam film Indonesia: Analisis wacana atas film remaja Indonesia tahun 1970-2000-an. Kawistara: Jurnal Ilmiah Sosial dan Humaniora, 1(1), 1-102.

Nurul Mariyah Azmi. (2007). Representasi remaja Melayu di dalam masalah sosial mat rempit: Kajian kes terhadap filem Remp-It arahan Ahmad Idham (Laporan llmiah). Shah Alam: Universiti Teknologi MARA.

Rahimin Affandi Abd Rahim, Abdullah Yusof, & Nor Adina Abdul Kadir. (2012). Film sebagai pemankin pembangunan peradaban Melayu-Islam modern. Media Syari’ah Wahana Kajian Hukum Islam dan Pranata Sosial, 14(1), 145-181.

Suhailah Zulkifly. (2018). Kesan filem Evolusi Kl Drift, Abang Long Fadil, Remp-It dan Lu Mafia Gua Gangster terhadap pembentukan akhlak dan kesannya dalam pembentukan modal insan di Malaysia. Prosiding Konvensyen Serantau Pengajian Islam Peringkat Antarabangsa Siri Ke-4, hlm. 115-132.

Utomo, P., & Sholihah, M. (2021). The effectiveness of using educational cinema techniques to increase students’ self-confidence: An experimental research. Journal of Professionals in Guidance and Counseling, 2(2), 51-61.

Wiley, N. (2003). Emotion and film theory. Studies in Symbolic Interaction, 26, 169-187.

Zarina Muhammad, Akmaliza Abdullah, Ratna Roshida Ab Razak. (2019). Sifat malu dalam kerangka akhlak Melayu. Jurnal Hadhari, 11(2), 231-244.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528