Komunikasi Antarabudaya Pelarian Rohingya di Malaysia: Peranan Pekerjaan dan Pendidikan dalam Akulturasi dan Integrasi

Authors

  • Balqis Aini Mustafa Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Latiff Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Jamaluddin Aziz Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Andika Ab. Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Adaptasi antarabudaya merupakan proses penyesuaian yang melibatkan komunikasi di antara individu dan persekitaran tuan rumah. Proses ini berlaku selagi adanya “interaksi” dengan persekitaran tuan rumah. Di Malaysia, pelarian Rohingya merupakan populasi pelarian terbesar setakat Mei 2023. Populasi ini merupakan populasi yang berhijrah secara paksa dan turut mengalami adaptasi antarabudaya setibanya mereka di Malaysia. Malaysia bukanlah negara parti kepada Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967. Pada masa yang sama, Malaysia juga tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang khusus untuk meregulasi status dan hak pelarian di negara ini. Hal ini menyukarkan mereka mendapat peluang pekerjaan dan akses kepada pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk menyelami pengalaman adaptasi antarabudaya pelarian Rohingya di Malaysia dalam aspek pekerjaan dan pendidikan; serta melihat aplikasi kerangka konseptual integrasi Ager dan Strang (2008). Seramai 15 orang pelarian Rohingya lelaki yang menetap di sekitar Lembah Klang telah ditemu bual. Analisis data mendapati pengalaman pelarian Rohingya di Malaysia dalam aspek pekerjaan dan pendidikan sememangnya mencabar. Sungguhpun mereka mempunyai kekangan dalam mencari pekerjaan, mereka dapat menyara diri, keluarga, serta menghantar wang kepada ahli keluarga di luar negara. Selain itu, pekerjaan juga menjadi platform untuk mereka mempelajari Bahasa Melayu dengan wujudnya komunikasi di tempat kerja. Dalam aspek pendidikan pula, sungguhpun pelarian Rohingya di Malaysia berhadapan cabaran untuk mengakses pendidikan, mereka tetap berharap anak-anak mereka akan mendapat pendidikan yang sewajarnya. Kajian ini turut mendapati bahawa pekerjaan dan pendidikan merupakan aspek penting yang menyokong komunikasi antarabudaya terutamanya berkaitan akulturasi dan integrasi pelarian Rohingya di Malaysia. Kata kunci: Pelarian Rohingya, pekerjaan, pendidikan, akulturasi, integrasi. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2023-3902-11

Author Biographies

Balqis Aini Mustafa, Universiti Kebangsaan Malaysia

Balqis Aini Mustafa adalah calon PhD di Pusat Kajian Media dan Komunikasi (MENTION), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penyelidikan beliau dalam bidang komunikasi antarabudaya. Email: balqisaini.mustafa@gmail.com

Abdul Latiff Ahmad, Universiti Kebangsaan Malaysia

Dr. Abdul Latiff Ahmad adalah Profesor Madya di MENTION, FSSK, UKM, dan juga Pengarah Pusat Perhubungan Antarabangsa (UKM Global). Bidang penyelidikan beliau ialah komunikasi antarabudaya dan pengantarabangsaan. Email: alba@ukm.edu.my

Jamaluddin Aziz, Universiti Kebangsaan Malaysia

Dr. Jamaluddin Aziz adalah Profesor Madya dalam Kajian Media Kritikal di MENTION, FSSK, UKM. Bidang penyelidikan beliau ialah media, budaya, wacana, jantina dan kajian skrin. Email: jaywalk@ukm.edu.my

Andika Ab. Wahab, Universiti Kebangsaan Malaysia

Andika Ab. Wahab adalah Felo Penyelidik di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), UKM, dan juga ahli Global Business and Human Rights Scholars Association. Bidang penyelidikan beliau ialah penghijrahan paksa dan buruh; penghormatan korporat kepada hak asasi manusia; dan antropologi korporat. Email: andikawahab@ukm.edu.my

References

Ager, A., & Strang, A. (2008). Understanding integration: A conceptual framework. Journal of Refugee Studies, 21(2), 166-191.

Andika Ab. Wahab. (2017). Rethinking refugees as economically isolated: The Rohingyas participation in informal economy in Klang Valley, Malaysia. Journal of ASEAN Studies, 5(1), 100-118.

Andika Ab. Wahab. (2018). The colours of exploitation: Smuggling of Rohingyas from Myanmar to Malaysia. Akademika, 88(1), 5-16.

Azlinariah Abdullah, Azharudin Mohamed Dali, & Mohamad Rodzi Abd Razak. (2018). Surviving stateless refugees: The uncertain future of Rohingya’s children in Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 45(1), 177-195.

Colvin, J. W., & Munz, S. M. (2020). Voices of refugee women: Adaptation and identification. Journal of Intercultural Communication Research, 49(2), 156-171.

Creswell, J. W. (2013). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Crul, M., Lelie, F., Biner, O., Bunar, N., Keskiner, E., Kokkali, I., Schneider, J., & Shuayb, M. (2019). How the different policies and school systems affect the inclusion of Syrian refugee children in Sweden, Germany, Greece, Lebanon and Turkey. Comparative Migration Studies, 7(10), 1-20.

Divaghar Voothayakumar, & Khadijah Alavi. (2019). Meneroka kesejahteraan sosial karen dan Rohingya di Sekolah Pelarian Myanmar di Chow Kit. Asian People Journal, 2(1), 1-11.

Flug, M., & Hussein, J. (2019). Integration in the shadow of austerity – Refugees in Newcastle upon Tyne. Social Sciences, 8(212), 1-17.

Etikan, I., Alkassim, R., & AbuBakar, S. (2016). Comparision of snowball sampling and sequential sampling technique. Biometrics & Biostatistics International Journal, 3(1), 1-2.

Kavian, F., Mehta, K., Willis, E., Mwanri, L., Ward, P., & Booth, S. (2020). Migration, stress and the challenges of accessing food: An exploratory study of the experience of recent Afghan women refugees in Adelaide, Australia. International Journal of Environmental Research and Public Health, 17(1379), 1-16.

Kazi Fahmida Farzan, Siti Darwinda Mohamed Pero, & Muhammad Fuad Othman. (2020). The dream’s door: Educational marginalization of Rohingya children in Malaysia. South Asian Journal of Business and Management Cases, 9(2), 237–246.

Khawaja, N. G., & Hebbani, A. (2019). Factors impacting life satisfaction of refugees in Australia: A mixed method study. Australian Community Psychologist, 30(1), 30-50.

Kim Young Yun. (2001). Becoming Intercultural: An Integrative Theory of Communication and Cross-cultural Adaptation. Thousand Oaks, CA: SAGE.

Koehler, C. & Schneider, J. (2019). Young refugees in education: The particular challenges of school systems in Europe. Comparative Migration Studies, 7(28), 1-20.

Labys, C. A., Dreyer, C., & Burns, J. K. (2017). At zero and turning in circles: Refugee experiences and coping in Durban, South Africa. Transcultural Psychiatry, 54(5–6), 696-714.

Mencutek, Z. S., & Nashwan, A. J. (2020). Perceptions about the labor market integration of refugees: Evidences from Syrian refugees in Jordan. Journal of International Migration and Integration, 22, 615–633.

Ndofor-Tah, C., Strang, A., Phillimore, J., Morrice, L., Michael, L., Wood, P., & Simmons, J. (2019). Home office indicators of integration framework. Open Government Licence. https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/1074688/home-office-indicators-of-integration-framework-2019-horr109.pdf

Nicholson, F., & Kumin, J. (2017). A guide to international refugee protection and building state asylum systems. Handbook for Parliamentarians N° 27. UNHCR. https://www.unhcr.org/3d4aba564.pdf

Norazira Ali. (2014). Cabaran-cabaran pelarian Rohingya Muslim: Kajian kes di Pulau Pinang. Kertas Kerja Seminar Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

Nur Syazwani Muzafarkamal, & Ishtiaq Hossain. (2019). Malaysia’s policy towards the Rohingya refugees. Journal of Islam In Asia, 16(3), 436-453.

Owino, J., & Weber, C.D. (2020). Explicating Anomie in Refugee women’s integration narratives: A qualitative research study. International Journal of Intercultural Relations, 74, 69-79.

Parthiban Muniandy. (2020). From the Pasar to the Mamak Stall: Refugees and migrants as surplus ghost labor in Malaysia’s food service industry. Journal of Ethnic and Migration Studies, 46(11), 2293-2308.

Pezerović, A., Babić, M. M., & Porobić, S. (2019). Parents in exile: Challenges of parenting among refugees and asylum seekers in Bulgaria. Rev. soc. Polit, 26(1), 97-114.

Tip, L. K., Brown, R., Morrice, L., Collyer, M., & Easterbrook, M. J. (2020). Believing is achieving: A longitudinal study of self-efficacy and positive affect in resettled refugees. Journal of Ethnic and Migration Studies, 46(15), 3174-3190.

UNHCR. (n.d.). What we do: Figures at a glance in Malaysia. Retrieved November 12, 2022, from https://www.unhcr.org/en-my/figures-at-a-glance-in-malaysia.html

UNICEF. (2017). Education uprooted: For every migrant, refugee and displaced child, education. https://www.unicef.org/reports/education-uprooted

Vickers, T., Clayton, J., Davison, H., Hudson, L., Romero, C. A. M., Biddle, P., Lilley, S., Fletcher, G., & Chantowski, M. (2016). New migrants’ in the North East workforce: Final report. Nottingham Trent University.

Wong, C. K., White, C., Thay, B., & Lassemillante, A.M. (2019). Living a healthy life in Australia: Exploring influences on health for refugees from Myanmar. International Journal of Environmental Research and Public Health, 17(1), 121.

Wood, N., Charlwood, G., Zecchin, C., Hansen, V., Douglas, M., & Pit, S. W. (2019). Qualitative exploration of the impact of employment and volunteering upon the health and wellbeing of African refugees settled in Regional Australia: A refugee perspective. BMC Public Health, 19, 143.

Yijala, A., & Luoma, T. (2019). The importance of employment in the acculturation process of well-educated Iraqis in Finland: A qualitative follow-up study. Refugee Survey Quarterly, 38, 314-340.

Downloads

Additional Files

Published

2023-06-30

Issue

Section

Articles