Analisis Tingkah Laku Pencarian Maklumat COVID-19 dari Perspektif Model Literasi e-Kesihatan Transaksional
Abstract
Literasi e-kesihatan merupakan antara aspek yang penting dalam kehidupan seseorang pada hari ini. Ianya adalah antara kemahiran yang perlu ada dalam individu supaya seseorang itu berupaya membuat pertimbangan tingkahlaku kesihatan yang betul dan mendorong ke arah tahap kesihatan yang lebih baik. Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan telah mengakibatkan masyarakat lebih bergantung kepada maklumat dari Internet. Kurangnya kemahiran literasi e-kesihatan akan mengakibatkan seseorang itu lebih berisiko terhadap maklumat palsu yang berleluasa. Kajian ini dijalankan bagi meneroka tingkah laku pencarian maklumat kesihatan mengenai COVID-19 di internet dengan berpandukan Model Literasi e-Kesihatan Transaksional. Menurut empat dimensi literasi e-kesihatan yang dicadangkan model ini, kajian menganalisis tingkahlaku pencarian maklumat dalam talian dari segi fungsian, komunikatif, kritikal dan translasional/terjemahan. Temubual kumpulan fokus telah dijalankan ke atas tiga kumpulan sasaran iaitu belia, suri rumah dan penjawat awam. Analisis menunjukkan semua informan dari ketiga-tiga kumpulan ini menunjukkan keupayaan literasi e-kesihatan fungsian namun mempunyai perbezaan dari segi literasi e-kesihatan komunikatif, kritikal dan translasional. Asas kepada kemahiran literasi e-kesihatan kritikal adalah keupayaan membuat penilaian kesahihan sesebuah maklumat dan dapat dilihat kebanyakan informan dari kumpulan pelajar dan penjawat awam mempunyai kemahiran e-kesihatan kritikal berbanding kumpulan suri rumah. Literasi e-kesihatan merupakan satu perkara yang sangat penting dalam bidang komunikasi kesihatan dan dapatan kajian ini menunjukkan media sosial sebagai platform yang penting untuk mendapatkan maklumat mengenai COVID-19.
Kata kunci: COVID-19, komunikasi kesihatan, literasi e-kesihatan, model literasi e-kesihatan transaksional, media sosial.
Full Text:
PDFReferences
Arina Anis Azlan, Emma Mohamad, Jen Sern Tham, Suffian Hadi Ayub, Mohammad Rezal Hamzah, & Hasrul Hashim. (2020). COVID-19 Information sources and the relationship with attitudes in battling the pandemic: A Cross-sectional survey among the Malaysia Public. Journal of Medical Internet Research, 22(11).
Bakar, A. B. A. (2009). Education For digital libraries in Asian countries. Paper presented at the Asia-Pacific Conference on Library & Information Education & Practice (pp. 458-463).
Bhalla, A., Durham, R. L., Al-Tabaa, N., & Yeager, C. (2016). The development and initial psychometric validation of the eHealth readiness scale. Computers in Human Behavior, 65, 460-467.
Camerini, L., & Schulz, P. J. (2012). Effects of functional interactivity on patients’ knowledge, empowerment, and health outcomes: An experimental model- driven evaluation of a web-based intervention. Journal of Medical Internet Research, 14(4), e105.
Chew, F., & Yuqian, N. (2015). Promoting health among older adults via eHealth literacy. Proceedings of the International Conference on Communication, Media, Technology, and Design (pp. 16-18).
Dastani, M. (2020). e-health literacy: A skill needed in the coronavirus outbreak crisis. Health Technology Assessment in Action, 4(1), e5861.
Depoux, A., Martin, S., Karafillakis, E., Preet, R., Wilder-Smith, A., & Larson, H. (2020). The pandemic of social media panic travels faster than the COVID-19 outbreak. Journal of Travel Medicine, 27(3), taaa031.
Emma Mohamad, & Arina Anis Azlan. (2020). COVID-19 and communication planning for health emergencies. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36, 1-2.
Faradillah Iqmar Omar, & Iza Sharina Sallehuddin. (2011). Media sosial: Kajian tentang penglibatan dan kepuasan dalam kalangan mahasiswa. Proceeding of the International Conference on Media And Communication (MENTION2011) (pp. 11–12).
Gray, N. J., Klein, J. D., Noyce, P. R., Sesselberg, T. S., & Cantrill, J. A. (2005). Health information-seeking behaviour in adolescence: The place of the internet. Social Science & Medicine, 60(7), 1467-1478.
Hasrina, M., & Adnan, H. (2014). Hubungan kedinamikan dalaman dengan keberkesanan pasukan maya: Satu tinjauan di organisasi bertaraf koridor raya multimedia (MSC) yang terpilih. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 30, 191-218.
Huang, C. L., Yang, S. C., & Chiang, C. H. (2020). The associations between individual factors, eHealth literacy, and health behaviors among college students. International Journal of Environmental Research and Public Health, 17(6), 1- 13.
Ika Destiana, Ali Salman, & Mohd. Helmi Abd. Rahim. (2013). Penerimaan media sosial: Kajian dalam kalangan pelajar universiti di Palembang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(2), 125-140.
Koopman, R. J., Petroski, G. F., Canfield, S. M., Stuppy, J. A., Mehr, D. R. (2014). Development of the PRE-HIT instrument: Patient readiness to engage in health information technology. BMC Fam Pract, 15(18).
Li, H. O., Bailey, A., Huynh, D., & Chan, J. (2020). YouTube as a source of information on COVID-19: A pandemic of misinformation? BMJ Global Health, 5, e002604.
Nicomedes, C. J. C., & Avila, R. M. A. (2020). An analysis on the panic during COVID-19 pandemic through an online form. Journal of Affective Disorders, 276, 14-22.
Noor Afiza. (2017). Keselamatan siber dan cabarannya. Utusan Malaysia (Online).
Norman, C. D., & Skinner, H. A. (2006a). eHealth literacy: Essential skills for consumer health in a networked world. Journal of Medical Internet Research, 8(2).
Norman, C. D., & Skinner H. A. (2006b). eHeals: The e-health literacy scale. Journal of Medical Internet Research, 8(4).
Nutbeam, D. (2000). Health literacy as a public health goal: A challenge for contemporary health education and communication strategies into the 21st century. Health Promotion Internasional, 15(3), 259-267.
Paige, S. R., Stellefson, M., Krieger, J. L., Anderson-Lewis, C., Cheong, J., & Stopka, C. (2018). Proposing a transactional model of eHealth literacy: Concept analysis. Journal of Medical Internet research, 20(10), e10175.
Powell, R. A. & Single, H. M. (1996). Focus groups. International Journal for Quality in Health Care, 8, 499-504.
Reinard, J. (2001). Introduction to communication research (3rd ed.). New York: McGraw Hill.
Seçkin, G., Yeatts, D., Hughes, S., Hudson, C., & Bell, V. (2016). Being an informed consumer of health information and assessment of electronic health literacy in a national sample of internet users: Validity and reliability of the e-HLS instrument. Journal of Medical Internet Research, 18(7), e161.
Sjoraida, D. F., Anwar, R. K., Rizal, E., & Rejeki, D. S. (2020). The existence of housewives in Instagram. Record and Library Journal, 6(1), 2442-5168.
van der Vaart, R., & Drossaert, C. (2017). Development of the digital health literacy instrument: Measuring a broad spectrum of health 1.0 and health 2.0 skills. Journal of Medical Internet Research, 19(1), e27.
Zheng, Y., Goh, E., & Wen, J. (2020). The effects of misleading media reports about COVID-19 on Chinese tourists’ mental health: a perspective article. Anatolia, 31(2), 337-340.
Zul Hilmi Abdullah, Halimaton Sa’adiah Ariffin, Shaharudin Ismail, & Ahmad Nazrul Rosli. (2016). Kebolehpercayaan maklumat elektronik: Tinjauan awal terhadap pelajar Tamhidi. Paper presented at the Conference: 2nd International Convention of Islam, Science & Education di Universiti Sains Islam Malaysia (pp. 641-647).
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528