Peranan Sistem Kawalan Dalaman Dan Modal Insan Strategik Terhadap Prestasi Koperasi Di Malaysia
Keywords:
Sistem Kawalan Dalaman, Prestasi Koperasi, Modal Insan Strategik, Koperasi, MalaysiaAbstract
ABSTRAKKajian ini mengkaji hubungan antara sistem kawalan dalaman (SKD) terhadap prestasi koperasi serta peranan Modal Insan Strategik dalam mengukuhkan hubungan antara SKD dan prestasi koperasi dengan memastikan pekerja mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Modal Insan Strategik merupakan penjajaran proaktif antara pengurusan bakat dan objektif strategik organisasi kerana modal insan yang kompeten mampu mempengaruhi kecekapan koperasi. Sebanyak 221 soal selidik yang lengkap yang mewakili kadar respons sebanyak 58.6% telah dikutip daripada 377 koperasi yang diwakili oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) atau Pengurus Koperasi sebagai responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa komponen SKD, aktiviti kawalan koperasi, pemantauan koperasi dan penilaian risiko mempunyai kesan positif dan signifikan terhadap prestasi koperasi. Selain itu, Modal Insan Strategik didapati menyederhanakan hubungan antara SKD dan prestasi koperasi khususnya pada aspek penilaian risiko dan komunikasi maklumat. Kajian ini juga menekankan kepentingan Modal Insan Strategik dalam memperkukuhkan hubungan antara SKD dan Prestasi Koperasi. Koperasi yang ingin meningkatkan prestasi mereka harus melabur dalam pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran inovatif dalam memastikan kejayaan koperasi.Downloads
Published
2025-12-05
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).