Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Hubungannya dengan Kualiti Guru di Sekolah TS 25
Keywords:
Amalan kepimpinan transformasional, kualiti guru, TS 25, SGM 2.0, PPPM 2013-2025Abstract
Kualiti guru merupakan isu yang sering diperbahaskan apabila berkaitan dengan kemenjadian murid. Kepimpinan guru besar menjadi penyumbang yang utama dalam melahirkan guru yang berkualiti. Artikel ini bertujuan untuk menentukan kualiti guru sekolah TS 25 di Putrajaya berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 dan hubungannya dengan amalan kepimpinan transformasi guru besar. Artikel ini mengambil pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Teknik dalam talian digunakan untuk menyebarkan soal selidik. 306 guru di 16 buah sekolah rendah di Putrajaya merupakan responden kajian. Analisis deskriptif dan inferensi telah dipilih manakala perisian SPSS versi 27 digunakan untuk menganalisis data. Secara keseluruhannya, dapatan artikel menunjukkan bahawa amalan kepimpinan transformasional guru besar adalah tahap tinggi (min = 4.08, s.p. = 0.45). Kualiti guru berada ditahap yang tinggi (min = 4.17, s.p = 0.34). Kepimpinan transformasi guru besar dan kualiti guru mempunyai hubungan yang tinggi dan signifikan, mengikut keputusan ujian Korelasi Pearson (r=0.59, p<0.01). Dapatan ini dapat memberi implikasi terhadap teori,dasar, latihan dan amalan dimana latihan serta program pembangunan yang telah dijalankan mampu melahirkan pemimpin dan guru yang berkualiti seiring dengan PPPM 2013-2025. Secara ringkasnya, guru besar sebagai pemimpin sekolah mesti berhati-hati dan bijak dalam memilih corak amalan kepimpinan yang paling sesuai untuk keadaan tertentu untuk meningkatkan kualiti pendidikan.Downloads
Published
2024-08-14
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.