Pengaruh Gaya Pembelajaran, Persekitaran Pembelajaran, Persekitaran Ibu Bapa, Status Sosioekonomi dan Minat terhadap Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Sains Pelajar Tingkatan Dua (Influence of Learning Style, Learning Environment, Parental Environment, Socioeconomic Status and Interest on Form Two Students’ Science Higher Order Thinking Skills Mastery)

ZURINAH YUNUS, KAMISAH OSMAN

Abstract


Penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) perlu diterapkan dan dipraktiskan seawal mungkin bagi membolehkan murid menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan mereka seharian. Walaupun KBAT telah lama
diperkenalkan dalam silibus mata pelajaran sains di sekolah, namun penguasaan maksimum KBAT dalam kalangan pelajar masih perlu ditambah baik. Oleh yang demikian, kajian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi KBAT pelajar dalam mata pelajaran sains bagi pelajar tingkatan dua telah dilaksanakan. Kajian tinjauan telah dijalankan di seluruh Malaysia melibatkan 600 pelajar Tingkatan Dua. Data telah dianalisis menggunakan SPSS dan juga teknik
Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran, persekitaran pembelajaran, status sosioekonomi, minat dan penguasaan KBAT
pelajar dalam mata pelajaran sains. Namun, hubungan persekitaran ibu bapa didapati tidak mempunyai hubungan yang signifikan bagi penguasaan KBAT pelajar dalam mata pelajaran sains. Faktor gaya pembelajaran juga didapati
memberi sumbangan paling penting kepada penguasaan KBAT pelajar dalam mata pelajaran sains berbanding persekitaran pembelajaran, status sosioekonomi dan minat. Akhir sekali, penerapan elemen-elemen model struktur ini kepada pelajar tingkatan dua dijangka mampu memberi sumbangan kepada pelajar dalam meningkatkan penguasaan KBAT mereka bagi mata pelajaran Sains. Faktor-faktor ini juga dapat memberi kesan kepada amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.


Keywords


Gaya Pembelajaran, Persekitaran Pembelajaran, Persekitaran Ibu Bapa, Status Sosioekonomi, Minat KBAT

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823