Meningkatkan Ingatan dan Kefahaman Murid Tahun 5 dalam Litar Elektrik melalui Mnemonik dan Pembelajaran Aktif (Enhancing Year 5 Students’ Memory and Understanding of Electric Circuits through Mnemonics and Active Learning)

SULAIMAN MUSI, NURAZIDAWATI MOHAMAD ARSAD

Abstract


Pembelajaran aktif menggunakan teknik mnemonik Libesala dan Lisedula dapat memudahkan ingatan murid terhadap konsep litar selari (dua laluan) dan gabungan teknik ini dapat meningkatkan pemahaman konsep asas litar elektrik dalam kurikulum sains sekolah rendah. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik keberkesanan penggunaan teknik mnemonik dalam meningkatkan ingatan dan pemahaman murid Tahun 5 mengenai konsep litar elektrik, khususnya litar bersiri dan litar selari. Kajian ini dijalankan di SK Merotai Besar, Tawau, Sabah, melibatkan 30 murid Tahun 5 sebagai sampel. Rekabentuk kajian menggunakan pendekatan kajian tindakan dengan empat kaedah pengumpulan data: ujian
pra dan pasca, nota pemerhatian, temu bual, dan analisis lembaran kerja. Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam prestasi murid selepasintervensi, dengan skor ujian pasca yang lebihtinggi. Data pemerhatian dan temu bual mengesahkan keberkesanan teknik ini dalam meningkatkan minat murid terhadap Sains. Aktiviti interaktif dan praktikal dalam pembelajaran aktif turut menyumbang kepada penglibatan murid. Kajian ini membuktikan bahawa penggabungan mnemonik dan pembelajaran aktif dapat membantu murid memahami konsep abstrak, sekali gus meningkatkan prestasi akademik,terutama di kawasan luar bandar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa teknik mnemonik sangat sesuai untuk mengajar konsep abstrak dan sukar difahami dalam subjek Sains di sekolah rendah. Teknik ini membantu meningkatkan ingatan murid, memudahkan pemahaman konsep kompleks, serta
memperkaya pengalaman pembelajaran secara interaktif, terutamanya di kawasan luar bandar dengan sumber pendidikan terhad.


Keywords


Mnemonik; Pembelajaran Aktif; Litar Elektrik; Ingatan Murid

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823