Strategi Pembelajaran Tatabahasa dan Hubungannya dengan Pengetahuan Sedia Ada Bahasa Arab
Abstract
Ilmu tatabahasa Arab merupakan asas penting dalam penguasaan bahasa kerana ia menumpukan kepada struktur ayat
dan fungsi kata dalam konteks. Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara strategi pembelajaran Tatabahasa
dengan pengetahuan bahasa Arab sedia ada dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) di
daerah Kota Setar, Kedah. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan soal selidik sebagai instrumen dan
melibatkan 97 orang pelajar tingkatan lima yang dipilih melalui pensampelan rawak strata berkadaran daripada
populasi keseluruhan yang berjumlah 133 orang pelajar. Hasil analisis menggunakan ujian korelasi Spearman’s Rho
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara strategi pembelajaran Tatabahasa dan pengetahuan
bahasa Arab sedia ada, dengan nilai r = 0.79 dan p < 0.001, menandakan kekuatan hubungan yang tinggi. Dapatan ini
mengesahkan bahawa aplikasi strategi pembelajaran Tatabahasa yang berkesan mempunyai hubungan dalam
merangsang perkembangan pengetahuan bahasa Arab pelajar, sejajar dengan teori Pawlak (2018) yang menekankan
peranan strategi tatabahasa dalam mengembangkan pengetahuan eksplisit dan tersirat serta memperkukuh pemahaman
melalui maklum balas pembetulan. Implikasinya, guru bahasa Arab disarankan untuk merancang pengajaran
Tatabahasa secara strategik dan kontekstual bagi memperkasa kemahiran berbahasa pelajar, khususnya dalam aspek
pertuturan dan penulisan.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License