Peranan Pengetua dalam Menyokong Perubahan Organisasi Melalui Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional di Sekolah

ZUHAILLA ZA’ABA, Bity Salwana Alias

Abstract


Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan peranan pengetua dalam menyokong perubahan organisasi melalui amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Peranan pengetua penting dalam menyokong perubahan organisasi dengan menentukan matlamat dan hala tuju yang jelas, melibatkan guru dalam membuat keputusan dan mewujudkan persekitaran yang akan menyokong proses perubahan. Sehubungan itu, pengetua memainkan peranan penting dalam menyokong perubahan bagi membentuk amalan kolaboratif guru melalui pelaksanaan PLC. Kertas konsep ini memberi implikasi terhadap dasar pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Anjakan ke-4 dan ke-5 melalui penekanan amalan PLC sebagai inisiatif organisasi (KPM 2013). Selain itu, latihan yang lebih berfokus dalam mengurus pelaksanaan PLC di sekolah perlu diperluas. Implikasi dari aspek amalan pula menekankan peranan pengetua dan guru dalam memupuk amalan kolaboratif guru melalui pelaksanaan PLC. Kesimpulannya, pengetua memainkan peranan penting dalam menyokong amalan PLC guru di sekolah

Keywords


peranan pengetua, amalan kepimpinan, perubahan organisasi, komuniti pembelajaran profesional

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823